fbpx
Didi Astillah tampil menjelaskan penggunaan 'Ara' dalam nama penuh kakaknya selepas timbul dakwaan Bella menipu mengenai identiti sebenar.

‘Tiba-tiba label kami menipu, kadang-kadang nak tergelak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Adik kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah, Didi Astillah tampil menjelaskan penggunaan ‘Ara’ dalam nama penuh kakaknya selepas timbul dakwaan Bella menipu mengenai identiti sebenar.

Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 29, nama Ara bukan rekaan, sebaliknya mempunyai nilai sentimental kerana merupakan panggilan diberikan arwah nenek mereka, namun digugurkan disebabkan nama asal Bella terlalu panjang.

“Tiba-tiba nak label orang menipu. Kadang-kadang nak tergelak pun ada bila baca. Comel!

“Ara itu adalah nama yang diberi arwah nenek yang kita sayang sangat. Tapi sebab panjang sangat, jadi dibuang yang itu,” tulisnya dalam hantaran Threads.

Menerusi perkongsian sama, Didi mendedahkan Bella menyimpan kasih sayang mendalam terhadap arwah nenek mereka sehingga memilih untuk mengabadikan nama tersebut kepada anak perempuannya, Ara Adreanna.

“Tetapi kaklong (Bella) memang terlalu sayang dan tak boleh lupakan arwah nenek sebab itu dia akan letak dekat mana-mana.

“Dan bila kaklong ada anak perempuan, terus dia bubuh Ara. Sebab nama itu sangat bermakna,” ulasnya.

Terdahulu, timbul dakwaan seorang netizen yang mempersoalkan nama sebenar Bella selepas mendapati laman Wikipedia memaparkan nama Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah, sedangkan dakwanya kebanyakan laporan media sebelum ini menggunakan nama Dayang Nabellah Awang Astillah.

Menurutnya lagi, pihak yang mencetuskan polemik tersebut seolah-olah seperti individu sama di sebalik pelbagai akaun laman sosial.

“Entah akaun ke berapa sudah dibuatnya. Takpe, mari sini nak sangat ambil tahu tentang kaklong saya kan,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen menyarankan keluarga Bella melaporkan akaun berkenaan ke pihak berkuasa.

“Mungkin orang yang sama, penulisan sama. Maasa ini ada undang-undang baru. Siapa sahaja yang mengubah rupa gambar sesaorang tanpa kebenaran tuan punya badan boleh dilaporkan. Tak payah pakai lawyer,” tulis individu terbabit.

Terdahulu, Bella kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu selepas bergelar tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq malah anaknya, Ara Adreanna yang baru berusia enam tahun turut menjadi mangsa kecam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN