PETALING JAYA – Sebuah kebakaran dilaporkan berlaku di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan malam ini, dengan api dilihat sedang marak membakar sebahagian kawasan pasar berkenaan.
Berdasarkan siaran langsung beberapa pengguna media sosial, kejadian dipercayai berlaku sekitar 10.45 malam.
Difahamkan hanya pasar barangan kering sahaja terlibat.
Beberapa jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah dikejarkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE














