JAKARTA – Seorang lelaki berkopiah di Indonesia menerima kecaman orang ramai apabila menyelit duit di celah dada penyanyi wanita semasa menghadiri sebuah majlis, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan lelaki terbabit mengeluarkan sejumlah wang kertas ketika penyanyi berkenaan berdiri di hadapannya.
Orang ramai terkejut apabila dia tiba-tiba menyelitkan wang tersebut pada celah dada wanita berkenaan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 345,100 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Isteri dia (lelaki berkenaan) tidak marah?” kata seorang netizen.
“Manusia bukan dilihat dari pakaiannya tetapi akhlak dan adab,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














