fbpx
Saifuddin Nasution menghadiri Majlis Peluncuran Program Komuniti Korektif Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Jabatan Penjara Malaysia 2026 di Tanjung Piandang, hari ini.- Foto oleh WAT KAMAL ABAS

Polis, AADK ditempatkan di sekolah tangani isu keselamatan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT BUNTAR – Penempatan pegawai perhubungan polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekolah menjadi antara langkah memperkukuh aspek keselamatan dan menangani isu buli serta gangguan dalam kalangan pelajar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pegawai berkenaan berperanan sebagai pihak pertama untuk dihubungi pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar sekiranya berlaku sebarang insiden.

“Peranan polis untuk mengurangkan kes seperti itu adalah melalui penempatan pegawai perhubungan polis. AADK juga kita letakkan pegawai perhubungan.

“Tujuannya supaya mereka menjadi pihak pertama untuk dihubungi oleh pihak sekolah, ibu bapa atau pelajar sekiranya berlaku insiden buli atau gangguan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran Program Komuniti Korektif Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Jabatan Penjara 2026 di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Tanjung Piandang di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, pegawai perhubungan polis di sekolah turut mengendalikan program dan menyampaikan pengisian dari semasa ke semasa berkaitan aspek keselamatan dan perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan pelajar ketika berada di sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN