fbpx
ACOSTA

MotoGP: Acosta bakal gandingan baharu Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Arena sukan permotoran dunia terus dihidangkan dengan spekulasi panas apabila Ducati dikatakan sudah memiliki perancangan jangka panjang dengan mendapatkan khidmat pelumba KTM, Pedro Acosta.

Perkembangan terbaharu itu sekali gus meletakkan masa depan Francesco Bagnaia dalam keadaan samar apabila dia dikatakan mungkin perlu ‘membuka jalan’ bagi menyambut kehadiran Acosta pada musim 2027.

Pasukan dari Itali itu mahu merealisasikan hasrat peminat Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang mahu menyaksikan Acosta bergandingan dengan juara dunia sembilan kali, Marc Marquez.

Sekiranya spekulasi itu menjadi kenyataan, pasukan-pasukan lain mungkin akan berdepan kesukaran untuk mencabar Ducati jika mengambil kira kemampuan dimiliki dua pelumba Sepanyol itu.

Justeru, Bagnaia yang merupakan juara MotoGP dua kali akan dikorbankan dan difahamkan pengurusan pelumba berusia 29 tahun itu sudah mula mengadakan perbincangan dengan beberapa pasukan lain.

Pelumba Itali itu dikatakan sedia untuk beralih angin ke Aprilia memandangkan Jorge Martin juga bakal berhijrah ke pasukan baharu selepas disebut-sebut bakal menggantikan Fabio Quartararo di Yamaha. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN