fbpx
Veronika menggunakan berus untuk menggaru dirinya sendiri. - Antonio J. Osuna Mascaro

Lembu garu belakang guna berus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VIENNA  –  Sekumpulan penyelidik Austria memperincikan kes luar biasa  lembu pertama menggunakan peralatan berupa kayu dan berus untuk menggaru badannya, lapor agensi berita United Press International semalam.

Saintis Universiti Perubatan Veterinar di Vienna berkata, lembu baka Switzerland milik seorang penduduk, Witgar Wiegele itu ‘memegang’  kayu di dalam mulutnya untuk menggaru badan selama bertahun-tahun.

Haiwan dinamakan Veronika itu dilaporkan mula mengutip kepingan kayu kira-kira sedekad lalu, sebelum beralih menggunakan berus panjang.

Lembu tersebut malah ‘pandai’ menggunakan hujung berus bagi menggaru di tempat di mana kulitnya paling tebal, dan hujung pemegang untuk menggaru bahagian yang lebih sensitif.

Ahli biologi kognitif Universiti Perubatan Veterinar, Alice Auersperg berkata, tingkah laku Veronika boleh membawa kepada penilaian semula sepenuhnya  kecerdasan haiwan ternakan khususnya lembu.

“Apabila saya melihat rakaman ini, ia bukan satu kebetulan. Ini merupakan contoh penggunaan alat oleh spesies yang jarang dipertimbangkan daripada perspektif kognitif (tidak bijak),” katanya dalam jurnal Current Biology. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN