fbpx
ANTARA lembu yang mati dibaham harimau di Felda Selendang, Rompin.

Enam lembu dibaham harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Penduduk di sekitar Felda Selendang, di sini, dikejutkan dengan serangan harimau yang menyaksikan enam ekor lembu mati dibaham di Ladang Sungai Mok, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian disedari penduduk selepas menemui enam ekor lembu mati.

“Lima lembu betina dan satu jantan baka braman telah mati kerana terdapat kesan gigitan di leher.

“Pengadu syaki lembu tersebut telah dibaham harimau kerana terdapat kesan tapak kaki dipercayai harimau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sharif Shai, jumlah kurugian dianggarkan bernilai RM 6300.

Katanya ,pihak polis telah membuat laporan untuk tindakan pihak vaterinar dan Pejabat Perhilitan Daerah Rompin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN