fbpx
Calon warden wanita veteran ATM menjalani sesi temuduga fizikal bagi penempatan di MRSM di Kepong, Khamis lalu.

162 disaring, hanya 16 jadi warden MRSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 162 calon warden wanita sepenuh masa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disaring oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Inkubator Teknologi Makanan Mara Kepong, Khamis lalu.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata hanya 16 calon sahaja yang dipilih selepas melalui proses saringan yang ketat dan temuduga terperinci.

“Semua calon menjalani tiga komponen penilaian iaitu Ujian Pemeriksaan Indeks Jisim Badan, Ujian Bleep Test dan temu duga bersemuka bagi menentukan merit serta kelayakan mereka sebelum dilantik sebagai Warden Luar Sepenuh Masa MRSM,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, 16 calon yang lulus penilaian itu akan memulakan tugas pada 10 Julai ini.

“Peranan warden MRSM bukan sekadar menjaga disiplin dan keselamatan pelajar, malah bertindak sebagai murabbi yang menggantikan ibu bapa pelajar di asrama.

“Mereka juga akan menjalani latihan secara berkala untuk memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Mara bagi melahirkan generasi ulul albab yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki sahsiah terpuji, akhlak yang baik, integriti tinggi serta ilmu ukhrawi yang bermanfaat.

“Semoga usaha ini dapat terus membendung budaya buli, salah laku disiplin dan gejala sosial selain membentuk persekitaran MRSM yang lebih selamat, kondusif dan subur dengan biah solehah yang menekankan nilai adab, hormat-menghormati, kasih sayang, ukhuwah serta budaya menuntut ilmu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN