fbpx
PEMAIN Colombia, Daniel Munoz (kanan) diasak penyerang Ghana, Antoine Semenyo pada aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 di Stadium Kansas City, Missouri, semalam. – AFP

Piala Dunia 2026: Benteng ‘kebal’ bawa Colombia ke pusingan 16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANSAS CITY – Pengendali Colombia, Nestor Lorenzo memuji semangat juang luar biasa dipamerkan anak-anak buahnya selepas menempah slot ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Ghana, semalam.

Jaringan awal Jhon Arias sudah memadai untuk memastikan skuad Los Cafeteros melengkapkan senarai pasukan yang layak menuju ke pusingan kalah mati, sekali gus mengatur pertemuan menentang Switzerland bagi merebut tempat ke pentas suku akhir.

Menurut Lorenzo, faktor perjalanan yang padat, perubahan cuaca serta jadual pertandingan yang mencabar menjadikan kemenangan tersebut lebih bernilai, apatah lagi pemainnya tetap berjaya mengekalkan disiplin permainan sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kejayaan ini sangat bermakna. Piala Dunia adalah kejohanan yang sangat sukar dengan cuaca berbeza, perjalanan jauh dan jadual yang benar-benar mencabar untuk semua pasukan. Pemain-pemain memberikan aksi luar biasa.

“Kami sedikit mengendurkan permainan pada penghujung perlawanan kerana Ghana adalah pasukan yang sangat tersusun. Kami sebenarnya mempunyai enam atau tujuh peluang untuk menamatkan permainan lebih awal, tetapi gagal memanfaatkannya,” katanya selepas perlawanan.

BARISAN pemain Colombia ketika diturunkan pada aksi menentang Ghana semalam. -AFP

Colombia mendominasi hampir keseluruhan perlawanan, namun menerima tamparan awal apabila penyerang utama, Jhon Cordoba mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-10, sebelum kapten, James Rodriguez turut direhatkan selepas babak pertama.

Luis Díaz hampir menggandakan kelebihan Colombia pada separuh masa kedua, namun jaringan pemain Bayern Munich itu dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan dia berada dalam kedudukan ofsaid, sebelum Lawrence Ati-Zigi sekali lagi menafikan percubaan jarak dekatnya.

Kemenangan itu menyaksikan Colombia meneruskan rekod pertahanan cemerlang selepas hanya dibolosi sekali sepanjang kempen Piala Dunia kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN