fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Wraath_12 di laman Threads.

Atuk telefon cucu minta ajar guna RTMKlik sebab nak tengok Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian seorang lelaki yang membantu datuknya mengakses siaran Piala Dunia 2026 semata-mata untuk menyaksikan aksi bintang Portugal, Cristiano Ronaldo mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik pengguna Threads, @Wraath_12, dia berkata datuknya menghubunginya pada awal pagi selepas gagal membuka aplikasi RTMKlik untuk menonton perlawanan yang bermula pada pukul 7 pagi.

“Inilah yang jadi bila atuk nenek kau peminat Ronaldo. Siap telefon suruh pasang siaran Piala Dunia sebab nak tengok Ronaldo. Dulu senang sebab ada Astro, sekarang kena pasang modem, kena buka RTMKlik.

“Perlawanan mula pukul 7. Lepas subuh atuk cuba nak buka tapi tak dapat. Jadi terpaksa hubungi cucu dia. Nasib baik hari ini tak ada kelas, jadi bolehlah datang tengok sama-sama,” katanya.

Lebih mencuit hati, lelaki itu turut berkongsi sekeping nota tulisan tangan yang disediakan khas buat datuknya sebagai panduan menggunakan alat kawalan jauh televisyen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN