fbpx
KAMAL dan Uqasha sah bercerai talak satu hari ini.

‘Tiga bulan ini, hanya sempat jumpa Hawra lima kali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bercerai tidak semestinya bermusuh, pelakon Kamal Adli berharap agar urusan untuk bertemu dan meluangkan masa bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira, menjadi lebih mudah selepas sah bercerai dengan bekas isteri, Uqasha Senrose.

Ujar Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, sebelum ini berdepan kekangan untuk bertemu cahaya matanya sehingga masa bersama puteri tunggalnya sangat terhad.

“Saya harap selepas ini lebih senang untuk saya jumpa Hawra. Sebelum ini memang agak susah dan sudah lama juga saya tak luangkan masa dengannya.

“Dalam tempoh tiga bulan kebelakangan, saya rasa hanya sempat jumpa Hawra sekitar lima kali sahaja.

“Jadi saya benar-benar harap semuanya dipermudahkan supaya saya dapat meluangkan masa dengan anak,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bintang drama Bahagia Yang Tertangguh itu turut merayu orang ramai supaya tidak meninggalkan komen negatif atau kecaman terhadap bekas isterinya susulan perceraian mereka.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dari awal. Cuma satu pesan, tolong jangan tulis komen buruk tentang Uqasha dan jangan kecam dia.

“Saya sudah cuba sedaya upaya mempertahankan rumah tangga. Kalau Allah tetapkan perjalanan ini sampai di sini, saya reda,” ujarnya sejurus selesai melafazkan talak satu terhadap Uqasha di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mengulas hubungan mereka selepas perceraian, Kamal mengakui tidak pasti sama ada masih boleh berbaik seperti sebelum ini, namun berharap perkara tersebut tidak menghalang hubungannya bersama Hawra.

“Saya tak tahu sama ada kami boleh jadi sahabat atau tidak. Nak salam pun tak sempat tadi. Keadaan berlaku begitu sahaja.

“Saya cuma harap satu, jangan susahkan saya untuk jumpa Hawra sebab sekarang cuma dia sahaja yang saya ada,” jelasnya.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 12.56 tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI