fbpx
Poster mempromosikan Food Kingdom X Fun Run 2026 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 23 Januari ini.

Food Kingdom X Fun Run padat dengan karnival makanan, gaya hidup sihat, hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Food Kingdom X Fun Run 2026 yang diadakan selama tiga hari bermula 23 Januari ini bertempat di Anjung Floria di sini bakal menjadi antara acara awal pada tahun baru  seiring sambutan Tahun Melawat Malaysia tahun ini.

Program yang mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) itu bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada semua pengunjung pelbagai peringkat umur kerana ia padat dengan pelbagai acara yang digabungkan dengan karnival makanan, gaya hidup sihat dan hiburan untuk keluarga.

Menurut kenyataan, program yang dapat memperkasa ekonomi kreatif dan usahawan tempatan itu juga akan menjadikan ia sebagai salah satu platform berasaskan pelancongan yang akan menarik kunjungan daripada pelancong tempatan serta dari pelbagai negeri.

“Bagi acara utama  Food Kingdom (Karnival Makanan), ia akan menampilkan pelbagai kategori vendor makanan termasuk makanan tradisional dan klasik, makanan jalanan, makanan tular, makanan Cina, India Muslim dan sajian Borneo serta melibatkan segala segmen makanan daripada premium hingga pemanis mulut,” katanya.

Bagi merealisasikan kejayaan karnival makanan tersebut, usahawan tempatan dengan jenama makanan popular masing-masing dari seluruh negara akan menyertainya.

Selain itu, bagi acara larian santai pula, ia terbuka kepada semua peringkat umur bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat sambil berhibur.

Terdapat juga aktiviti kecergasan komuniti, persembahan kebudayaan, pertunjukan badut dan aktiviti kanak-kanak serta mini zoo ditempatkan untuk menceriakan pengunjung cilik.

 Lebih meriah Food Kingdom X Fun Run 2026 akan dimeriahkan dengan persembahan kumpulan artis Masa Legacy yang dianggotai oleh Zack, Khai, Arief Mirza dan Muss serta Putri Hafirra Yang kini tular di platform media sosial jolokkan Ella Junior.

“Food Kingdom X Fun Run 2026 bukan sekadar acara hiburan tetapi ia berperanan sebagai platform menyatukan komuniti, mempromosikan kepelbagaian makanan tempatan serta menyokong agenda pelancongan negara melalui sokongan MOTAC,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI