SEEKOR tarantula yang cuba diseludup keluar oleh dua suspek warga China. – SERFOR

‘Kantoi’ cuba seludup 600 tarantula, lipan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIMA – Lebih 600 ekor haiwan hidup termasuk tarantula dan kala jengking ditemui di dalam bagasi dua penumpang di sebuah lapangan terbang di Peru, lapor laman berita Metro.co. 

Pegawai-pegawai  kastam menemui 387 labah-labah tarantula pelbagai spesies di dalam beg milik dua warga China di Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chavez di Lima, baru-baru ini.

Mereka turut menemui 166 ekor lipan, 112 kala jengking dan  tujuh cicak yang  kesemuanya masih hidup, serta enam semut mati  dibalut dengan  kertas basah.

Spesies araknid dan serangga berkenaan dipercayai dikumpulkan oleh dua suspek itu dari pelbagai lokasi di Peru, termasuk Madre de Dios,  Loreto dan Junín iaitu  kawasan yang terkenal kerana kaya dengan kepelbagaian biologi.

Beberapa variasi yang ditemui di dalam bagasi suspek dipercayai baharu bagi ahli-ahli sains, dengan salah satu spesies dikategorikan sebagai ‘terancam’ dalam senarai haiwan liar yang dilindungi.

Spesimen itu disimpan di dalam beg-beg plastik berzip untuk dihantar ke China, namun dipintas oleh kastam sebelum sempat meninggalkan ibu negara Peru.

Kedua-dua suspek warga China itu ditahan oleh Polis Kebangsaan Peru dan  berdepan tindakan undang-undang  oleh Pejabat Pendakwa Raya Alam Sekitar Khusus.

Pengangkutan dan pengeksportan haiwan liar tanpa permit sah di Peru membawa kepada hukuman denda sehingga 27,500,000 soles ( RM33.8 juta).

Pada 4 November lalu,  dua penumpang warga Jerman cuba menyeludup 10,000 tarantula keluar dari lapangan terbang yang sama di dalam stoking. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN