Keluarga Allahyarham Tan Sri Abdul Gani Patail di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya hari ini.

Abdul Gani Patail selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Jenazah Allahyarham Tan Sri Abdul Gani Patail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini pada pukul 11.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham terlebih dahulu disembahyangkan di Musolla Taman Selatan Presint 20, Putrajaya pada 10 pagi dengan diimamkan Imam Masjid Mahmoodiah Presint 18, Ustaz Rafuwan Putra Affendi yang disertai lebih 200 jemaah.

Ustaz Rafuwan Putra Affendi turut membacakan talkin selepas Allahyarham dikebumikan, yang dihadiri kira-kira 300 orang termasuk ahli keluarga dan sahabat di tanah perkuburan itu.

Turut kelihatan, Ahli Parlimen Putrajaya, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin dan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil di perkarangan Musolla.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 71 tahun.

Terdahulu, perkara itu disahkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar.

Pada 19 November 2001, Abdul Gani dilantik sebagai Peguam Negara kelapan sebelum secara rasmi memegang jawatan itu pada 1 Januari 2002.

Allahyarham mencipta sejarah sebagai graduan undang-undang tempatan pertama dilantik ke jawatan berkenaan serta rakyat Sabah pertama memegang antara jawatan tertinggi dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Beliau menerajui institusi perundangan tertinggi negara selama lebih 13 tahun sebelum perkhidmatannya sebagai Peguam Negara ditamatkan pada 27 Julai 2015 atas faktor kesihatan.

Beliau kemudian terus berkhidmat dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga mencapai umur persaraan wajib pada 6 Oktober 2015.

Pada 23 Disember 2016, beliau diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN