fbpx
Kampung Stay Haji Sulaiman menawarkan suasana riadah ala kampung halaman yang istimewa buat kaki pancing dan keluarga.

Memancing bersama keluarga dalam suasana kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TERASA seperti memancing di kolam kepunyaan datuk dan nenek kita sendiri. Itulah yang dapat saya gambarkan apabila berada di sini.

Mengambil masa satu jam 30 minit memandu dari Kuala Lumpur, tempat ini menyajikan pemandangan yang sangat mengasyikkan.

Kawasan yang bersih dan hijau, serta bunyi percikan air dek ikan yang menyambar makanan di dalam dua kolam sudah cukup memberi­kan keterujaan, khususnya buat kaki pancing.

Dari sudut pandang yang lain, tempat ini amat sesuai bagi seisi keluarga kerana pelbagai aktiviti lain boleh dilakukan di sini.

Banyak fasiliti yang disediakan untuk kegunaan para pengunjung yang menginap.

Sebagai contoh, kawasan berbumbung bagi aktiviti sukaneka, gelanggang badminton, kolam mandi untuk kanak-kanak dan banyak lagi.

Saya memilih lokasi ini untuk meraikan hari keluarga bersama rakan-rakan selama tiga hari dua malam, sambil lepak santai dan memancing.

Ada yang baru nak mencuba dan ada sudah lama tidak memancing.

Terdapat empat jenis kediaman yang boleh disewa di Kampung Stay Haji Sulaiman, antaranya kabin, chalet, rumah berkembar dan asrama dengan harga berpatutan.

Ketibaan
Kami check-in pada pukul 3 petang di rumah berkembar Orkid dan Bourgenvilla.

Kediaman ini dilengkapi dengan enam bilik tidur dan empat bilik air, cukup bagi memuatkan kami seramai tujuh keluarga sepanjang di sini.

Selain itu, kediaman ini mempunyai ruang tamu yang luas dan dapur bersih.

Setelah selesai pembahagian bilik, maka aktiviti memancing di­mulakan, kepingan roti mula digunting satu persatu.

Perasa strawberi dicampur dengan perasa lain seperti nanas dan pisang.

Set pancing telah dipersiapkan dengan spesifikasi tali utama berkekuatan 30 paun (lb) dan tali perambut 40lb. Mata kail yang digunakan adalah jenis chinnu saiz 12 dan 14.

Kami difahamkan, ikan yang terdapat dalam kolam di situ bersaiz antara sekilogram sehingga ke 17 kilogram (kg), dan mungkin ada lebih besar lagi.

Spesies ikan yang ada adalah patin, baung kuning, tilapia, pacu, keli dan lampam yang mendiami dua buah kolam betul-betul berhadapan kediaman kami ini.

Pemancing cilik melakukan aktiviti memancing pada waktu malam.

Keseronokan memancing kolam air tawar bukan datang pada tarikan sang ikan sahaja tetapi bereksperimentasi serta memahami diet pemakanan ikan.

Setiap kolam berbeza cara pemakanan ikan-ikannya, rajin bertanya akan dapatlah maklumat berkenaan umpan pada orang yang menjaga kolam.

Sesi pancingan dimulakan, namun apa yang kami harapkan tidak kesampaian kerana tiada langsung sambaran yang dapat dilihat dengan menggunakan umpan roti berperisa ini.

Hanya menjadi santapan pada anak ikan seluang.

Jadi, kami berbincang tentang diet ikan di sini bagi sesi memancing di hari kedua, mencari jawapan pada persoalan, umpan apa yang biasa digunakan untuk memikat ikan di sini?

Aktiviti malam
Sesi malam untuk hari pertama, sambil memancing kami turut mengadakan aktiviti barbeku untuk makan malam bersama rakan-rakan dan keluarga.

Kami mendapat maklumat bahawa usus ayam merupakan umpan yang wajib digunakan di sini.

Percubaan pertama kami dengan umpan itu membuahkan hasil apabila disergap kuat oleh seekor ikan yang agak kasar.

Tali keluar dari kekili dengan sangat pantas, jelas terlihat seekor patin gigih untuk melepaskan dirinya. Akhirnya, saya berjaya mendaratkan seekor patin yang beratnya dalam anggaran 5kg.

Amat penting untuk pelbagaikan umpan, sebab ikan merupakan satu makhluk yang sukar diduga tingkah lakunya, jika berusaha lebih pasti akan ada ganjarannya.

Hasil
Syarat utama untuk memancing, pengunjung perlu bermalam di sini. Istimewanya, ikan yang dipancing boleh dibawa pulang tidak kira berapa saiz.

Secara keseluruhan, kami berjaya mendaratkan lapan ekor ikan patin.

Kami semua sangat gembira dapat meluangkan masa di sini bersama keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN