fbpx
SKUAD negara dijadual memulakan cabaran Kumpulan B menentang Myanmar di Yangon pada 25 Julai disusuli aksi bertemu Laos (28 Julai), Thailand (1 Ogos) dan Filipina (8 Ogos).

Cheng Hoe sukar janjikan ‘bulan bintang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui cabaran getir untuk membentuk pasukan bagi mengharungi Piala ASEAN 2026 lebih sukar sekali gus tidak boleh dibandingkan ketika membantu negara bergelar finalis edisi 2018.

Menurut Cheng Hoe, jurang masa singkat dalam membentuk pasukan mantap selain daripada barisan pemain yang dipanggil masih kurang pengalaman di peringkat antarabangsa bakal menjadi titik yang mencabar buat pasukan nanti.

“Kalau kita tengok cabaran kali ini yang berbeza dengan edisi 2018 adalah ketika itu saya ada masa yang panjang untuk bentuk pasukan. Kali ini, cabaran berlainan kerana kebanyakan pemain masih mentah di peringkat kebangsaan.

“Namun, semua pemain yang dipanggil kali ini ada keinginan untuk mencapai sesuatu dalam karier mereka.

“Fokus utama saya adalah untuk dapatkan keserasian dengan pemain dapat bekerja dalam satu pasukan bagi memburu keputusan terbaik nanti,” kata Cheng Hoe ketika ditemui pada sesi latihan di Shah Alam.

Mengulas lanjut, bekas pengendali Selangor FC itu turut memahami situasi apabila kelab-kelab Liga Malaysia enggan melepaskan pemain utama mereka kerana kejohanan berprestij Asia Tenggara itu berlangsung di luar kalendar rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Cheng Hoe berkata, situasi itu sudah dijangka kerana kebanyakan pasukan Liga Super sedang giat menjalani persiapan pramusim ketika ini.

“Kita tahu kejohanan AFF berlangsung di luar kalendar FIFA dan sedikit sebanyak menjejaskan persiapan pasukan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab-kelab yang melepaskan pemain walaupun kebanyakan mereka sedang menjalani latihan pramusim.

“Namun, ada juga kelab yang tidak dapat melepaskan pemain mereka. Itulah cabaran yang perlu saya lalui, tetapi sebagai jurulatih saya kekal positif dengan barisan pemain yang ada ketika ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN