LIPIS – Penantian bertahuntahun untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya menjadi kenyataan buat tiga keluarga kurang berkemampuan apabila menerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) secara percuma daripada Kerajaan Negeri Pahang.
Lebih bermakna, rumah berharga kira-kira RM80,000 seunit itu bukan sahaja dibina tanpa sebarang bayaran, malah turut dilengkapi perabot asas bagi membolehkan penerima memulakan kehidupan baharu dengan lebih selesa.
Penerima, Fadzilah Abdul Majid, 47, dari Kampung Beralas berkata, dia sekeluarga sudah lebih 10 tahun hidup menyewa dan terpaksa beberapa kali berpindah rumah.

“Saya hanya cuba memohon dan tidak sangka akhirnya permohonan diluluskan serta rumah ini siap untuk diduduki.Memang sangat memuaskan dan saya anggap ini rezeki besar buat keluarga untuk tahun 2026,” katanya.
Seorang lagi penerima, Haryati Ba’alya, 40, dari Kampung Gua pula menyifatkan, rumah berkenaan sebagai rezeki tidak disangka-sangka selepas sekian lama sepanjang kehidupan berumah tangga tinggal di rumah sewa.
Ibu kepada tiga anak berusia 13 hingga 19 tahun itu berkata, keadaan kewangan keluarga menyebabkan mereka sebelum ini terpaksa tinggal di sebuah premis kedai yang disewa sambil menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
“Saya hanya cuba memohon dan tidak sangka akhirnya permohonan diluluskan serta rumah ini siap untuk diduduki.
“Memang sangat memuaskan dan saya anggap ini rezeki besar buat keluarga untuk tahun 2026,” katanya.
“Saya menyewa sejak berkahwin dan sudah beberapa kali berpindah randah,”katanya.

Sementara itu, Faridah Abu Bakar, 65, dari Kampung Rengai pula berkata, sebelum ini dia tinggal di rumah pusaka yang uzur dan sering terjejas akibat banjir.
Ibu kepada dua anak itu berkata, dia tidak mempunyai kemampuan untuk membina rumah baharu dan hanya bergantung kepada pendapatan anaknya yang bekerja di kampung. -KOSMO! ONLINE














