fbpx
Hamzah ketika berucap di Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional Bagi PRN Negeri Sembilan di Ampangan, malam ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL /KOSMO!

Kalau mahu perubahan, inilah masanya dalam PRN Negeri Sembilan – Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menjadi medan terbaik bagi rakyat yang mahukan perubahan membentuk kepimpinan baharu di negeri itu.

Menurut beliau, keputusan rakyat pada PRN akan menentukan sama ada mereka mahu mengekalkan pentadbiran sedia ada atau memilih perubahan demi masa depan Negeri Sembilan yang lebih maju.

“Kalau rakyat tidak mahu berubah, maknanya mereka mahu mengekalkan kepimpinan Madani tetapi kalau rakyat mahukan perubahan, inilah masanya untuk melihat sebuah negeri menjadi lebih maju daripada sekarang,” katanya di Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional Bagi PRN Negeri Sembilan di Kompleks Pas Negeri Sembilan, Ampangan di sini malam ini.

Mengulas pembahagian kerusi PRN Negeri Sembilan, Hamzah berkata, Barisan Nasional sebelum ini mengumumkan 25 daripada 36 kerusi yang akan ditandingi.

Menurutnya, perkembangan itu membuktikan wujudnya ‘penjajaran baharu’ dalam politik negara yang disifatkan sebagai langkah ke hadapan demi kepentingan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN