fbpx
Amirudin.

120,000 pelajar Selangor nikmati sarapan percuma mulai Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

SHAH ALAM – Kira-kira 120,000 pelajar daripada 965 sekolah di Selangor bakal menikmati sarapan percuma bermula Ogos depan menerusi inisiatif kerajaan negeri bagi meringankan beban keluarga yang memerlukan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu melibatkan sekolah rendah, menengah, sekolah agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan institusi berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

“Dua hingga tiga kali seminggu, pelajar yang dikenal pasti melalui data JPN Selangor itu akan menerima sarapan bagi mengurangkan beban keluarga yang memerlukan.

“Negara maju seperti Finland dan United Kingdom membuktikan bahawa sarapan percuma bukan pembaziran namun pelaburan. India juga memperkenalkannya pada 2022 dan menyaksikan peningkatan kehadiran dan penurunan ketara keciciran pelajar,” katanya hari ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri sedang melangkah ke arah sama dengan menjadikan sekolah bukan setakat tempat belajar selesa malah menjamin kesejahteraan kanak-kanak.

“Penerima pun sudah dikenal pasti. Mekanisme hampir sama dengan Rancangan Makanan Tambahan yang telah lama berjalan.

“Yang paling penting, ini antara usaha kerajaan Selangor membantu ibu bapa akibat krisis Asia Barat yang melanda,” ujarnya.

Kosmo! pada April lalu melaporkan bantuan sarapan percuma itu akan dilaksanakan melalui 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melibatkan semua tahap murid dan pelajar.

Satu PBT diperuntukkan sebanyak RM1 juta buat masa dalam tempoh tiga bulan pertama dan dilanjutkan jika memberi kesan baik kepada masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN