fbpx
Gambar perkongsian pengguna jalan raya melibatkan kemalangan sebuah lori menghempap sebuah kereta di MRR2 yang tular di media sosial.

MRR2 sesak teruk, lori hempap kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah lori terbalik dan menghempap sebuah kereta di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran sebuah stesen minyak di Bukit Antarabangsa, hari ini menyebabkan kesesakan trafik berlarutan hingga lewat malam.

Menerusi satu hantaran pengguna @bbgirlbubble di Threads, kemalangan berlaku di laluan menghala ke Ampang berhampiran simpang menuju ke Bukit Antarabangsa.

“Kemalangan di MRR2 menghala ke Ampang. Betul-betul di simpang naik Bukit Antarabangsa. Semoga selamat semua orang,” katanya.

Orang ramai yang melalui laluan berkenaan turut berkongsi situasi semasa dan memaklumkan kesesakan berlarutan selama beberapa jam.

“Pukul 8 malam masih belum selesai. Bomba sudah sampai,” komen @Samirah.

“Pukul 9.32 malam masih di situ. Mohon bertabah semua yang tersekat,” komen @Anne Mohd.

“Pukul 10 malam masih di situ,” kata @Fatin Al-Murisi.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.19 malam.

Menurut beliau, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta jenis Proton Persona.

“Terdapat dua mangsa lelaki yang tidak tersepit dan hanya mengalami kecederaan ringan. Kedua-dua mangsa telah menerima rawatan di lokasi kejadian,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN