fbpx
ADZLI.

Polis mohon Notis Merah buru Tamim Dahri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Polis memohon pengeluaran Notis Merah daripada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan seorang lelaki yang didakwa merosakkan objek suci agama Hindu di Langkawi, Mac lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek, Tamim Dahri Abdul Razak, 34, sebelum ini disenaraikan sebagai orang dikehendaki selepas gagal dikesan dan semakan mendapati dia meninggalkan negara sejurus kejadian.

Katanya, lelaki itu dituduh secara in absentia atau tanpa kehadiran tertuduh di Mahkamah Majistret Langkawi pada 17 Mac lalu mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan objek suci agama Hindu.

“Pada sebutan semula kes 17 Mei lalu, tertuduh sekali lagi gagal hadir menyebabkan mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dalam usaha mengesannya untuk dibawa ke muka pengadilan, polis telah mengemukakan permohonan Notis Merah kepada Interpol yang kini masih dalam tindakan.

“Permohonan pembatalan pasport kepada Jabatan Imigresen telah diluluskan pada 9 Julai lalu,” ujarnya.

Beliau berkata, sebutan semula kes itu ditetapkan pada 19 Julai ini.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan serta menyerahkan sepenuhnya siasatan dan proses perundangan kepada pihak berkuasa dan badan kehakiman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN