fbpx
Gambar hiasan

Pelajar IPTA rugi RM56,375 kena ‘love scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara ‘mabuk cinta’, seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di bandar raya ini menjadi mangsa penipuan ‘love scam’ sehingga kerugian RM56,375.

Pemuda berusia 22 tahun yang menyedari terperdaya itu telah membuat laporan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 3.58 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, pelajar IPTA tersebut berkenalan dengan seorang wanita tidak dikenali menerusi aplikasi Telegram pada pukul 12 tengah hari, 11 Mei lalu.

“Sepanjang perkenalan, mangsa tidak pernah bertemu dengan wanita tersebur malah tiada nombor telefon suspek kerana mereka hanya berhubung melalui mesej Telegram yang hanya mempunyai nama,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, suspek memberitahu pelajar IPTA tersebut kononnya dia bekerja di sebuah syarikat pemasaran dalam talian di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, suspek kemudiannya mahu meminjam wang daripada lelaki tersebut kononnya untuk membayar syarikat majikannya.

“Suspek didakwa menawarkan untuk memperlihatkan anggota sulitnya dan menjalin hubungan intim dengan mangsa sekiranya permintaannya itu ditunaikan.

“Mangsa yang tidak berfikir panjang telah melakukan transaksi pindahan wang sebanyak 45 kali antara 11 Mei hingga 4 Julai lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN