KOTA KINABALU – Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick mengumumkan meletak jawatan daripada Kabinet Persekutuan dengan alasan terdapat perbezaan asas dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung hak Sabah terhadap 40 peratus hasil negeri.
Dalam satu hantaran di Facebook malam ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu berkata, pendirian AGC seperti yang dinyatakan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah mengabaikan asas sejarah pembentukan Malaysia serta dokumen perlembagaan yang menjamin hak Sabah.
Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, adalah tidak konsisten untuk beliau kekal dalam Kabinet sementara AGC mengekalkan pendirian yang bercanggah dengan prinsip yang diperjuangkannya sebagai presiden UPKO.
Beliau mengimbas kembali bahawa dirinya sendiri pernah memfailkan saman sivil terhadap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pada tahun 2022 bagi menuntut hak perlembagaan Sabah namun menarik balik saman itu selepas diberi jaminan akan ada rundingan lanjut.
Ewon menegaskan bahawa AGC tidak seharusnya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebaliknya perlu memulakan rundingan tulen dengan Kerajaan Sabah untuk melaksanakan hak 40 peratus itu.
Beliau berkata surat peletakan jawatannya akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merakamkan penghargaan atas peluang yang diberikan kepadanya untuk memperjuangkan hak Sabah dalam Kabinet.
Ewon menambah bahawa satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi UPKO akan diadakan pada Isnin bagi membincangkan agenda “Sabah First” parti itu serta hala tuju masa depannya.
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Baca betul-betul, saya tak gaduh pun dengan anak – Abby Abadi
9 Julai 2026, 11:08 am

Lambakan peacock bass di Empangan Kelau
9 Julai 2026, 11:00 am

Pemilik premis ‘disko retro’ tepi Sungai Kelantan dikompaun RM25,000
9 Julai 2026, 9:30 am

Harga mampu milik, emas ‘preloved’ diburu
9 Julai 2026, 8:38 am

PRN Johor: UMNO pilih MB, Pas tampung jika tak cukup majoriti
9 Julai 2026, 8:36 am

Bila aib jadi kandungan Threads
9 Julai 2026, 8:30 am

Penganjur ‘disko retro’ tepi Sungai Kelantan boleh didenda RM60,000
8 Julai 2026, 9:52 pm

JIM bongkar dua sindiket transit PATI, 15 individu ditahan
8 Julai 2026, 8:59 pm






