fbpx
MOHAMED KHALED ketika hadir Program Ziarah Kasih di Felda Pasak, Kota Tinggi hari ini.

Beli peluru berpandu bukan macam beli kereta – Mohamed Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Kementerian Pertahanan (Mindef) mengambil tindakan tegas untuk tidak lagi mempertimbangkan apa-apa sahaja perolehan dari negara Norway, susulan tindakan negara berkenaan yang membatalkan lesen eksport secara sepihak (unilateral) di saat-saat akhir.

​Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mesyuarat Kabinet bersetuju dengan keputusan tersebut malah, kabinet kini sedang meneliti sama ada tindakan itu akan diperluaskan ke kementerian-kementerian lain.

“Kerajaan bersetuju supaya Kementerian Pertahanan tidak lagi membeli perolehan daripada negara Norway dan perkara itu sama ada akan diperluaskan, kabinet masih lagi sedang meneliti sama ada ia meliputi pembelian-pembelian daripada kementerian-kementerian yang lain. Kabinet sedang melihat itu.

“Tapi yang pastinya apabila mana-mana kontrak yang melibatkan Norway tamat, kerajaan mungkin tidak akan mendapatkan khidmat dan menyambung kontrak-kontrak itu.

“Ini satu usaha yang dan tindakan yang saya percaya sangat-sangat betul dan tepat, kerana Norway seolah-olah seperti tidak menghormati negara kita. Lebih-lebih lagi kontrak itu telah ditandatangani, telah pun dibayar dan sepatutnya kita menerima penghantaran tapi dibatalkan lesen eksport itu di saat-saat akhir,” katanya ketika hadir Program Ziarah Kasih di Felda Pasak hari ini.

​Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi menyifatkan alasan yang diberikan oleh Norway sebagai sangat tidak meyakinkan apabila mendakwa kononnya sistem peluru berpandu berpandu itu hanya eksklusif untuk dijual kepada negara-negara NATO dan sekutunya sahaja.

“Norway lakukan secara unilateral tanpa pun memaklum pada kita dan sebab asas pembatalan itu pun pada kita sangat-sangat tidak meyakinkan. Kita bukannya baru sign kontrak beli, tapi kita telah sign kontrak sejak daripada tahun 2018.

“Kita pun tahu bahawa pembelian peralatan ini bukannya macam beli kereta. Kita kena tempah dan kita ambil masa yang begitu panjang untuk tempah, tapi bila sampai masanya, dia terus batalkan lesen eksport,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN