fbpx
HADI AWANG ketika berucap pada Majlis Grand PN PRN Johor 2026 di Laman Muafakat, Muar, Johor, malam tadi. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

PRN Johor: UMNO pilih MB, Pas tampung jika tak cukup majoriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengungkapkan kesediaan membantu menampung jumlah kerusi diperlukan Barisan Nasional (BN) melalui kerusi dimenanginya bagi memastikan parti gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, situasi itu disandarkan sekiranya BN memperoleh majoriti mudah, manakala Pas berjaya memenangi kerusi dipertandingkan di 11 Dewan Undangan Negeri (DUN).

“(Strateginya) jelas. Kalau menang di Johor, UMNO jadi Menteri Besar, suka UMNO lah nak lantik Exco dia. Kalau sekiranya ada kelemahan, Pas boleh tampung kelemahan itu.

“Bergantung pada kerusi yang kita menang. Mungkin majoriti mudah, nak 2/3 majority, kalau cukup dengan Pas boleh menang dengan jumlah (kerusi), Pas boleh tampung atau kalau tak cukup majoriti, campur dengan Pas, Pas boleh tampung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Grand Finale Perikatan Nasional (PN) PRN Johor 2026 di Laman Muafakat, Simpang Jeram, di sini, malam tadi.

Menurutnya, sekiranya BN memperoleh jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri, Pas tidak mempunyai masalah untuk berada di luar pentadbiran negeri.

“Yang penting ialah kekuasaan politik Melayu-Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem. MCA menang, MIC menang, UMNO juga menang, itu sudah cukup.

“Kalau dia (BN) dah cukup dah (kerusi), tidak ada masalah,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Presiden BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan sokongan diberikan kepimpinan Pas itu tidak akan mempengaruhi kerjasama yang telah atau sedang terjalin antara UMNO dan Pas, beliau berkata langkah itu berasaskan kepercayaan serta keikhlasan antara parti.

“Yang penting dari hati ke hati. Kalau ada jaminan (kerjasama), sain pun bersumpah pun kalau tak ada hati, tak ada makna,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN