fbpx
GAMBAR fail kapal pengangkut pesawat USS Gerald R. Ford. - Foto AFP

AS kerah 16,000 askar berhampiran Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menghantar pasukan tentera dalam jumlah besar melibatkan  10,000 askar dan 6,000 anggota tentera laut ke kawasan berhampiran Venezuela, lapor portal berita RT yang memetik akhbar The Washington Post semalam.

Tindakan itu dipercayai menunjukkan rancangan untuk memperluaskan operasi ketenteraan di rantau tersebut.

Sebelum ini, Presiden Donald Trump berulang kali menuduh Venezuela membantu ‘pengganas dadah’  dan melaksanakan sekatan besar-besaran terhadap Caracas. 

Tentera Amerika juga menyerang kira-kira 12 buah bot yang didakwa digunakan oleh penyeludup dadah sejak September lalu.

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menafikan tuduhan tersebut dan menuduh Washington cuba mencetuskan perang baharu di tengah-tengah peningkatan operasi ketenteraan yang berterusan.

Menurut  The Washington Post, lapan kapal perang AS, sebuah kapal operasi khas dan sebuah kapal selam berkuasa nuklear berada di Laut Caribbean dekat Venezuela. 

Kapal pengangkut pesawat, USS Gerald R. Ford dijangka tiba minggu depan bersama tiga lagi kapal membawa lebih 4,000 anggota tentera.

Selain itu, jet pejuang F-35 dilaporkan ditempatkan di pangkalan tentera AS di Puerto Rico, demikian menurut The Washington Post yang memetik imej satelit.

Beberapa media baru-baru ini melaporkan bahawa Washington sedang mempertimbangkan tindakan ketenteraan terhadap Venezuela.

Menurut The Washington Post, AS telah mengenal pasti beberapa sasaran, termasuk kemudahan ketenteraan yang didakwa digunakan untuk penyeludupan dadah. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN