fbpx
Abd. Hamid ketika sidang akhbar di MBDK hari ini. FOTO:SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Perarakan Perkahwinan Diraja Selangor bermula di Galeri Diraja ke Istana Alam Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Kerja-kerja pengindahan dan penyelenggaraan sempena Istiadat Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz telah 100 peratus siap.

Ini termasuk dari segi pemasangan bendera negeri Selangor bermula dari Lebuh Raya Persekutuan sehingga Istana Alam Shah, hiasan lampu jalan dan landskap khas dari Galeri Diraja, pintu istana dan Bulatan Simpang Lima.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, pihaknya menjangkakan lebih 2,000 pengunjung akan hadir bagi menyaksikan perarakan istiadat tersebut pada Khamis ini.

Katanya, kita akan memberikan 2,000 bendera kecil Selangor kepada pengunjung untuk dikibarkan pada perarakan istiadat diraja tersebut.

“Masyarakat dijangka akan berbaris sepanjang 1.2 kilometer daripada Galeri Diraja hingga pintu masuk istana.

“Bagi persiapan perarakan Istiadat itu, kita berbelanja lebih RM3 juta untuk kerja-kerja penurapan dan penaiktarafan jalan, lampu hiasan jalan, landskap dan pemasangan skrin diod paparan cahaya (LED) bagi orang ramai menyaksikan perarakan itu,” katanya pada sidang akhbar persiapan Istiadat Perkahwinan Diraja itu.

Menurut beliau, jalan sepanjang Galeri Diraja hingga pintu istana akan ditutup selewat-lewatnya pukul 8 pagi dengan perarakan istiadat itu bermula pukul 9 pagi.

Justeru katanya, kemudahan parkir disediakan di Stadium Sultan Suleiman dan parkir bertingkat berhampiran Stesen Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Klang.

“Orang ramai digalakkan berkongsi kenderaan atau menggunakan perkhidmatan tren KTM bagi mengelak kesesakan.

“Bagi aspek keselamatan pula, saya difahamkan seramai 400 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertugas pada jarak 50 meter antara satu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI