fbpx
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Wanita maut dilanggar van ketika melintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah van ketika melintas jalan di Jalan Kuchai Maju 13, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, mangsa wanita tempatan berusia 26 tahun itu sedang melintas jalan di simpang tiga berhampiran lokasi kejadian.

“Sebuah van jenis CAF Kingo XMQ yang dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun kemudian keluar dari simpang tiga sebelum melanggar mangsa yang sedang melintas jalan.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zamzuri berkata, bagaimanapun, pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI