PIHAK JBPM Langkawi memujuk seorang wanita daripada terjun dari jambatan pemecah ombak di Langkawi petang tadi.

Wanita alami tekanan emosi diselamatkan bomba di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Seorang wanita yang mengalami tekanan perasaan cuba melompat ke laut berjaya diselamatkan di sini petang tadi.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd. Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.16 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah telah mengarahkan sebuah jentera bomba kompak (CFRT) dan sebuah kenderaan utiliti ke lokasi insiden di Jambatan Pantai Kuala Muda, di sini.

“Komander operasi melaporkan didapati seorang perempuan dewasa berusia 35 tahun berada di atas jambatan pemecah ombak kira-kira 350 kaki dari pantai.

“Mangsa dipercayai mengalami tekanan emosi dan mengancam untuk terjun ke laut,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, pasukan JBPM berjaya menghampiri dan memujuk mangsa untuk beredar dari tepi jambatan dan berjaya dibawa ke pesisir pantai dalam keadaan selamat.

Beliau memberitahu, mangsa juga didapati stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN