Tun Nur Syalisa (kanan) bersama peguamnya ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini.

Wanita didakwa curi sarung pasport, nafi buat buat hantaran palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang tular dituduh mencuri sarung pasport di pejabat imigresen Ogos lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi palsu dalam Threads.

Bagaimanapun tertuduh Tun Nur Syalisa Muhamad Yusni, 28, yang merupakan suri rumah itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Muhammad Ilmami Ahmad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melalui perkhidmatan aplikasi Threads menggunakan akaun “LisaYusni” didakwa secara sedar membuat penghantaran komunikasi palsu pada 21 Ogos lalu.

Ia yang mana dalam hantaran itu, tertuduh mendakwa seorang pegawai imigresen di UTC Pudu Sentral telah menuduhnya mencuri sarung pasport dengan niat untuk menyakitkan hari orang lain.

Hantaran itu kemudian dibaca pukul 9 pagi pada 24 Ogos lalu di Pejabat Imigresen UTC Pudu Sentral di sini yang didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 233(3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau pemenjaraan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berikutan pengakuan tidak bersalah tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman mencadangkan jaminan RM20,000 kepada OKS.

Bagaimanapun, peguam Mohammad Shafiee Afendi yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya adalah suri rumah yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suaminya.

“Tertuduh tiada risiko melarikan diri kerana mempunyai alamat selain kes tidak membabitkan sebarang keganasan fizikal mahupun isu sensitif berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R),” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Muhammad Ilmami membenarkan OKS diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin tempatan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Januari ini bagi sebutan semula kes.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Jabatan Imigresen (JIM) membuat laporan polis susulan satu hantaran tular di media sosial berhubung dakwaan pengalaman seorang pemohon ketika mendapatkan perkhidmatan di Pejabat Imigresen Cawangan UTC Pudu Sentral.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya menjalankan semakan dalaman terhadap perkara yang dibangkitkan.

Terdahulu tular di media sosial, seorang wanita mendakwa dirinya dimalukan di hadapan orang ramai selepas seorang pegawai JIM didakwa menuduhnya mencuri sarung pasport ketika berurusan di pejabat imigresen berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN