fbpx
Sebanyak 43 peratus responden berpuas hati terhadap prestasi kerja Trump berbanding 57 peratus tidak berpuas hati. - AFP

Prestasi Trump hambar, 57 peratus rakyat AS tidak puas hati cara kerja Presiden Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Satu kaji selidik mendapati pandangan rakyat Amerika Syarikat (AS) terhadap prestasi kerja Presiden Donald Trump kekal negatif di tengah-tengah isu pentadbirannya mengenai tarif, imigran dan kesihatan awam, lapor laman berita NBC News semalam.

Kajian Meja Keputusan NBC News yang dikuasakan oleh SurveyMonkey itu mendapati cuma lebih sedikit daripada empat dalam setiap 10 rakyat Amerika atau 43 peratus berpuas hati dengan prestasi kerja Trump, sama seperti kedudukan beliau pada Jun lalu.

Sebanyak 57 peratus responden pula tidak berpuas hati terhadap perkara itu.

Penarafan paling rendah Trump adalah mengenai isu ekonomi, dengan 39 peratus berpuas hati tentang cara beliau menangani inflasi, manakala 41 peratus berpuas hati mengenai pengendalian isu perdagangan dan tarif.

Rakyat Amerika bagaimanapun terus memberi Presiden Trump gred  lebih kukuh mengenai cara beliau menangani pendatang asing.

Ketika ditanya sama ada mereka berpuas hati cara Trump menangani  keselamatan dan imigresen sempadan, responden memberikan Trump penilaian kelulusan 47 peratus mengenai isu itu.

Tinjauan sama  turut meminta rakyat Amerika untuk menerangkan perasaan mereka tentang pentadbiran Presiden Trump.

Hampir separuh daripada penyokong Parti Demokrat (49 peratus) melaporkan mereka ‘berang’ terhadap tindakan pentadbiran Trump.

Sebaliknya, cuma  27 peratus penyokong Parti Republikan mengatakan mereka ‘teruja’ dengan tindakan pentadbiran beliau. 

Sebanyak 18 peratus pula responden mengaku  ‘gembira’ dan 28 peratus lagi mengatakan mereka ‘berpuas hati.’

Kaji selidik tersebut meninjau 30,196 orang dewasa secara online dari 13 Ogos hingga 1 September lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN