fbpx
Nor Hisham (tengah) bergambar kenangan dengan sebahagian anggota bomba yang menyertai pertandingan Kawad Kaki di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang hari ini.

JBPM, Jabatan Perhutanan tambah baik SOP aktiviti pendakian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengadakan libat urus dengan agensi berkaitan bagi meminimum kes pendaki tersesat di dalam hutan sewaktu melakukan aktiviti lasak pada masa depan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, jabatannnya akan duduk semeja dengan Jabatan Perhutanan dan pengurusan taman negeri lain bagi menambah baik peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti pendakian di negara ini.

“Kita telah analisa perkara-perkara (SOP aktiviti pendakian) yang perlu ditambah baik.

“Perbincangan penambahan SOP dan peraturan telah dimulakan agar insiden sama (pendaki tersesat atau maut) dapat dikurangkan,” katanya di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas merasmikan penutup Pertandingan Kawad Kecekapan yang dimenangi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

Nor Hisham berkata, antara hasil perbincangan awal telah dikuatkuasakan ialah larangan aktiviti pendakian secara ‘dayhike’ atau ‘compressed hike’ di beberapa laluan pendakian berisiko di Perak berkuatkuasa 5 Jun lalu.

Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berdisiplin dengan bergerak secara berkumpulan dan mengikut trek utama sewaktu melakukan aktiviti pendakian dan jelajah hutan.

“Kita raikan kegiatan riadah lasak yang semakin popular dalam kalangan komuniti. Yang penting persiapan dan disiplin,” katanya.

Sebelum ini, pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, tersesat di dalam hutan selama 14 hari sewaktu menyertai ekspedisi mendaki Gunung Batu Putih, Tapah, Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN