fbpx
TERLUKA cinta dikhianati, Fify menegaskan dia tidak akan sesekali kembali menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya.

‘Saya sudah ‘moved on’, takkan kembali mulakan hidup dengannya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Fify Azmi menegaskan tidak akan kembali menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya yang difahamkan aktor, Niezam Zaidi.

Fify atau nama penuhnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 36, memaklumkan, tindakannya bersuara kerana enggan menyembunyikan kebenaran yang disimpannya seorang diri.

“Sejujurnya, saya biasanya tidak akan memberi respons kepada perkara seperti ini kerana percaya setiap orang mampu membentuk pandangan mereka sendiri.

“Saya sudah ‘moved on’ dan tidak lagi mahukan dia serta tiada niat untuk memulakan hidup bersamanya kembali.

“Namun, ‘moved on’ bukan bermaksud saya perlu berdiam diri apabila seseorang mula menggambarkan diri mereka sebagai mangsa dan sorokkan kebenaran yang penting, mungkin tidak semua orang memahami ini,” katanya membalas hantaran Threads individu lain.

Tambahnya, untuk melepaskan sepenuhnya segala kesakitan dan hubungan lalu bukan perkara mudah buat dirinya.

“Apabila anda benar-benar mencintai seseorang sepenuh hati, proses penyembuhan tidak berlaku dalam tempoh sekejap.

“Melepaskan seseorang dan memilih untuk tidak lagi bersamanya adalah satu perkara.

“Membiarkan naratif yang tidak benar terus tersebar juga adalah perkara berbeza,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fify memberitahu, dia memuat naik tangkap layar perbualan individu dipercayai Sarah Yasmine dengan Niezam Zaidi kerana mahu mendedahkan perkara sebenar kepada umum.

Namun, dia tidak berharap sebarang sokongan daripada mana-mana pihak kerana setiap individu berhak mempercayai perkara yang mereka ingini.

“Tangkap layar tersebut bukan dikongsi kerana saya masih tidak dapat melepaskan hubungan ini tetapi kerana ada ketika berdiam diri mula kelihatan seolah-olah saya menerima perkara yang tidak benar.

“Saya tidak meminta sesiapa untuk memihak kepada saya. Semua orang bebas untuk mempercayai apa sahaja yang mereka mahu.

“Saya hanya merasakan bahawa jika nama saya dikaitkan dengan sesuatu naratif, saya juga berhak untuk menyatakan kebenaran daripada pihak saya.

“Jadi, saya sudah ‘moved on’ dengan individu tersebut tetapi bukan daripada kebenaran,” ujarnya lagi.

Terbaru, kecoh dalam Threads apabila Fify berkongsi tangkap layar mesej perbualan dikatakan melibatkan Niezam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN