SEKITAR penghujung era tahun 1990-an, imej rambut belah tengah sangat popular dan sinonim dengan beberapa vokalis kumpulan tempatan termasuk Tomok.
Merupakan penyanyi bagi kumpulan kegilaan remaja pada zaman tersebut iaitu News Boyz, Tomok berjaya mencipta fenomena dengan potongan rambut itu.
Fenomena tersebut bagaimanapun perlahan-lahan hilang apabila dia tampil dengan imej botak. Namun, cerita rambut belah tengah kembali menjadi bualan ramai selepas bapa tiga orang cahaya mata itu kembali mempunyai rambut.
Hasil rawatan menanam rambut, Tomok seperti kembali dengan imej terbaharu sehingga ada yang memintanya mengembalikan semula trend gaya rambut belah tengah.
“Tengok Tomok ada rambut, seperti melihatnya 20 tahun lalu.
“Imej baru ini buat saya terimbau kegilaan pada New Boyz, rindunya!
“Tolong kembali dengan gaya rambut belah tengah, ‘legend’ stail itu,” kata peminatnya.














