fbpx
Lydia Ibtisam dikhabarkan sedang berada dalam keadaan kritikal dan kini menerima rawatan di hospital.

Pelakon Impian Illyana, Lydia Ibtisam kini kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon yang pernah popular dengan drama bersiri Impian Illyana, Lydia Ibtisam dikhabarkan sedang berada dalam keadaan kritikal dan kini menerima rawatan di hospital.

Khabar duka itu dikongsikan oleh sahabat Lydia iaitu pelakon dan penyanyi, Elliza Razak dalam Instagram.

“Dengan berat hari saya ingin memberitahu semua tentang keadaan sahabat baik saya Lydia Ibtisam. Beliau dalam keadaan sangat kritikal sekarang di hospital.

“Mohon semua bantu tadah tangan doakan dia diberi keajaiban untuk sihat semula. Kalau boleh mohon semua boleh buat solat hajat untuk dia sembuh semula seperti sediakala,” tulisnya.

Elliza turut meluahkan rasa sedihnya melihat keadaan sahabat baiknya yang terlantar sakit.

“Ya Allah Lydia, akau tak boleh tengok hang dalam keadaan lemah macam ni. Hang kuat Lydia. Aku sayang hang sangat-sangat. Moga Allah permudahkan urusan hang. Moga keajaiban terjadi nanti,” tulisnya.

Walaubagaimanapun Elliza tidak berkongsi butiran lanjut tentang sakit yang dialami oleh Lydia.

Sebelum ini adik Lydia iaitu Nabil Abdul yang juga merupakan seorang pelakon meninggal dunia pada tahun 2014 akibat kanser limfa.

Lydia atau nama lengkapnya Nur Lydia Ibtisam Abdul Wahab, 45, pernah mencipta populariti menerusi drama bersiri Impian Illyana dan Dunia Anita sekitar 20 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN