fbpx
Gambar hiasan.

 ‘Daging cikgu punya, tulang saya punya… asalkan jangan patah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Untuk saya biasanya saya amal, ‘Daging cikgu punya, tulang saya punya. Asalkan jangan patah je cikgu.”

Itu pendedahan seorang ibu yang jelas memaparkan sikap terbuka selepas mengetahui anaknya didenda oleh guru di sekolah.

Menggunakan profil @Makmuhammads di media sosial wanita itu berkata, dia tidak kisah anaknya dicubit guru selepas dikatakan penguasaan Bahasa Inggeris kanak-kanak itu tidak menepati sasaran.

“Anak mengadu kena cubit dengan guru kelas. Dia cakap satu kelas kena sebab penguasaan Bahasa Inggeris tak capai tahap yang madam nak.

“Cubit pun cubit la asal jd orang,” katanya sekali gus meraih sokongan dan pujian orang ramai yang menyifatkan wanita itu bijak mendidik anak-anak.

“Tahniah puan! Bukan senang nak memanusiakan manusia. Moga anak puan cemerlang masa depan, insya-Allah,” ujar @Faris_hafiey.

“Tertarik ayat, ‘Daging cikgu punya, tulang sya punya’. Saya pinjam ya, nak amalkan,” komen yang lain.

“Di sekolah, anak saya anak cikgu. Di rumah, dia anak saya. Cikgu didiklah anak ni jadi manusia baik. Sy reda,” kata @Jue_juelian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN