fbpx
MORBIDELLI sedar bahawa kedudukannya bersama pasukan VR46 terancam ekoran spekulasi kehadiran Acosta. - AFP

MotoGP: Masa depan Morbidelli samar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAVULLIA – Masa depan pelumba pasukan VR46 Racing, Franco Morbidelli menjelang saingan musim depan dikatakan berada dalam keadaan samar selepas pasukan itu bersedia membawa masuk muka baharu.

Memandangkan pasukan itu dikaitkan dengan pelumba KTM Racing, Pedro Acosta bagi saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2026, Morbidelli mengakui dia sedia untuk menerima apa sahaja keputusan.

Bekas juara Moto2 itu berkata, dia berada dalam situasi cukup getir ketika ini, lebih-lebih lagi apabila tahu ramai pelumba sedang mengintai peluang untuk merampas posisinya bersama pasukan VR46.

“Saya tidak nafikan bahawa saya berada dalam keadaan sukar buat masa sekarang kerana sedar posisi saya ini sedang diintai pelumba-pelumba lain, termasuk Acosta. Dia ada peluang untuk mengambil tempat saya.

“Dia 10 tahun lebih muda berbanding saya dan memiliki lebih daripada satu kejuaraan dunia. Potensinya cukup besar dalam MotoGP, jadi tidak susah untuk dia mendapatkan tempat dalam mana-mana pasukan,” katanya.

Bagaimanapun, pelumba berusia 31 tahun itu tidak kisah jika namanya digugurkan daripada pasukan menjelang saingan musim depan kerana menghormati pemilik, Valentino Rossi dan pengarah pasukan, Alessio Salucci.

“Memang saya sayangkan jentera ini tetapi saya lebih sayangkan pasukan. Sekiranya Vale (Rossi) dan Uccio (Salucci) ada pelumba yang lebih baik, saya tidak akan marah ataupun berdendam,” ujar Morbidelli. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI