fbpx
QUARTARARO ketika ini berada di kedudukan ke-10 selepas mengutip 103 mata daripada 13 perlumbaan. - AFP

Yamaha serabut spekulasi Quartararo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUDAPEST – Yamaha menganggap spekulasi mengenai masa depan Fabio Quartararo yang dikatakan bakal tamat selepas musim 2026 sebagai ‘tidak masuk akal’ meskipun pasukan Jepun itu sedang bergelut dengan prestasi hambar musim ini.

Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Paolo Pavesio menegaskan tumpuan utama ketika ini adalah untuk memperbaiki jentera YZR-M1, bukannya berbincang soal kontrak jangka panjang pelumba mereka.

“Kami telah menandatangani kontrak selama dua tahun dengan Fabio (Quartararo) merangkumi 44 perlumbaan. Jadi untuk bercakap tentang masa depannya dari sekarang adalah tidak masuk akal,” kata Pavesio.

Juara dunia 2021 itu turut mengakui dirinya ‘hilang arah’ susulan prestasi tidak memuaskan dan masih belum mencatat sebarang kemenangan sejak 2022.

Menurut Pavesio, Yamaha sedang bekerja keras mempercepatkan pembangunan projek enjin baharu jenis V4, namun keputusan akhir hanya akan dibuat jika projek tersebut mencapai tahap kompetitif.

“Kami tidak menolak kemungkinan menggunakan enjin V4, tetapi ia hanya akan dijadikan projek perlumbaan jika kami yakin ia sudah mencapai tahap yang diperlukan.

“Ujian bersama Andrea Dovizioso dan Augusto Fernandez di Misano baru-baru ini memberi petunjuk positif,” katanya.

Pavesio turut menambah tumpuan utama pasukan untuk menyakinkan Quartararo dengan pakej jentera yang lebih kompetitif menjelang musim hadapan dan sebarang perbincangan kontrak akan dilakukan pada masa yang sesuai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN