fbpx
PERGADUHAN melibatkan dua pasukan bola sepak di Padang Speedy, Teluk Intan semalam.

Tujuh lelaki ditahan bergaduh ketika perlawanan bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kejadian merusuh semasa perlawanan bola sepak di Padang Speedy, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, kesemua suspek berusia 21 hingga 31 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 malam di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Katanya, tangkapan terhadap kesemua suspek dijalankan susulan laporan polis yang diterima pada pukul 6.53 petang berhubung pergaduhan melibatkan dua pasukan bola sepak.

“Kejadian pada pukul 5 petang itu berlaku ketika separuh masa kedua apabila seorang pemain melakukan terjahan keras terhadap pemain pasukan lawan sehingga mengakibatkan pertelingkahan antara mereka.

“Pertelingkahan itu kemudian menyebabkan pergaduhan besar membabitkan semua pemain serta dua penonton yang bertindak memanjat pagar dan masuk ke dalam padang,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pergaduhan itu menjadi semakin serius apabila seorang pengurus pasukan menyerang pengadil yang cuba meleraikan pergaduhan dengan satu tumbukan di bahagian rusuk.

“Serangan itu menyebabkan pengadil terbabit terjatuh di atas padang dengan beberapa pemain lain turut menyerang pengadil lain secara fizikal,” katanya.

Tambah beliau, ketujuh-tujuh suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut sebaik siasatan selesai,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI