fbpx

Kenyataan palsu guna nama Agong tular di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran palsu dari sebuah portal yang menggunakan nama Sultan Ibrahim

PETALING JAYA – Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan satu kenyataan palsu yang tular di media sosial dengan menggunakan gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Royal Press Office menegaskan bahawa kandungan kenyataan yang dipaparkan dalam imej berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh mana-mana sumber rasmi Istana.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan kandungan yang disebarkan menerusi akaun-akaun palsu seperti ini,” katanya.

Salah satu akaun Facebook yang dikesan terlibat menggunakan nama palsu “Siltan ibrahim”, dipercayai bertujuan memperdaya orang awam dengan memaparkan kenyataan yang seolah-olah rasmi.

Royal Press Office turut mengingatkan pengguna media sosial agar mendapatkan maklumat sahih hanya daripada sumber rasmi dan tidak menyebarkan kandungan meragukan yang boleh menjejaskan reputasi institusi diraja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI