DUNIA kini yang saling terhubung dengan platform media sosial membuatkan pelbagai berita dan cerita mudah tersebar. Di sebalik keghairahan berkongsi video bagi meraih banyak tontonan dan tanda suka, tanpa sedar ia menjerumus masyarakat kepada persepsi buruk tentang sesuatu perkara tanpa menyelidik hal sebenar terlebih dahulu. Setiap hari kita disaji dengan pelbagai perkongsian di media sosial termasuk maklumat yang belum disahkan sahih. Bermula daripada satu perkongsian video pendek atau tangkap layar, netizen mula menghukum dan membuat kesimpulan pantas tanpa mendengar penjelasan…














