fbpx

Broker saham rugi RM1.24 juta diperdaya ‘pegawai polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seorang broker saham di sebuah syarikat di negeri ini berdepan kerugian RM1.24 juta selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam yang menyamar sebagai pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, mangsa wanita berusia 47 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai wakil Pos Laju Malaysia pada 20 Jun lalu.

“Suspek mendakwa terdapat bungkusan mencurigakan atas nama mangsa mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan buku cek dihantar dari Kuching ke Terengganu dan telah ditahan pihak polis.

“Panggilan tersebut kemudian disambung kononnya ke Balai Polis Terengganu dan mangsa telah bercakap dengan seorang ‘pegawai polis’ yang memaklumkan akaun bank miliknya disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, pegawai terbabit meminta mangsa menyerahkan semua wang miliknya untuk tujuan audit dan menyatakan wang berkenaan akan dipulangkan selepas siasatan selesai.

“Mangsa turut diugut kononnya akan dikenakan waran tangkap sekiranya gagal berbuat demikian.

“Kerana bimbang, mangsa kemudian membuat 26 transaksi pemindahan wang ke dalam lima akaun bank berbeza dari 26 hingga 30 Jun lalu, dengan jumlah keseluruhan mencecah RM1.2 juta,” katanya dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI