BAKAT baharu dalam muaythai mampu dicungkil menerusi penganjuran kejohanan tersebut.

BSP Grand Prix Muaythai himpun 288 peserta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penganjuran BSP Grand Prix Muaythai 2026 yang akan berlangsung selama dua hari di Hextar World @ Empire City Hall bermula esok berjaya menarik penyertaan 288 peserta.

Kejohanan sukan tempur anjuran BSP Muaythai Studio dengan kerjasama Hallo Fight Lab itu bakal menghimpunkan 260 peserta amatur dan 28 petarung profesional selain menampilkan 14 pertarungan profesional.

Ketua Pegawai Eksekutif BSP Muaythai Studio, Uwais Abdullah berkata, kejohanan itu menjadi platform terbaik bagi menyediakan pentas kompetitif kepada atlet muay thai tempatan selain menarik minat masyarat terhadap sukan itu.

“Kejohanan ini bukan sahaja memberi peluang kepada atlet untuk menguji kemampuan dan menonjolkan bakat masing-masing, malah menjadi ruang untuk membina keyakinan, disiplin serta pengalaman bertanding di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, kejohanan tersebut turut menampilkan tetamu istimewa apabila jaguh muay thai antarabangsa, Rodtang Jitmuangnon dijangka hadir memeriahkan acara.

Kehadiran bintang dari Thailand itu bakal menjadi tumpuan peminat-peminat sukan tempur itu yang berpeluang beramah mesra dengannya menerusi slot Meet & Greet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN