fbpx

Trafik sesak, perantau pulang ke ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRAFIK yang padat dari arah Pekan Dong hingga LTU ByPass Raub dijangka berterusan hari ini susulan kemuncak pergerakan balik warga kota selepas cuti Aidiladha.

RAUB – Aliran trafik dari arah Lipis menuju ke Raub sesak sejak pagi tadi susulan pertambahan jumlah kenderaan yang membawa perantau dari Kelantan pulang ke ibu kota selepas menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing.

Tinjauan Kosmo! mendapati kesesakan berlaku sejauh kira-kira 13 kilometer bermula dari Pekan Dong di sini sehingga ke susur masuk lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Namun begitu, keadaan trafik kembali lancar selepas memasuki susur ke LTU ByPass Raub.

Seorang pengguna jalan raya, Husna Rahmat, 44, berkata, dia bersama empat lagi ahli keluarganya bertolak seawal pukul 7 pagi dari Kuala Krai, Kelantan bagi mengelakkan kesesakan yang sentiasa berlaku pada hari terakhir cuti perayaan.

“Walaupun terdapat kesesakan di beberapa lokasi seperti di Gua Musang dan sebelum masuk ke LTU ByPass Raub, alhamdulillah perjalanan masih terkawal.

“Saya turut berhenti rehat seketika di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Benta bagi menghilangkan rasa penat dan mengantuk,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pengguna jalan raya Norazizah Abdul Manan, 39, berkata, dia memilih laluan alternatif bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

“Saya dari Machang dan ingin pulang ke tempat kerja di Klang, Selangor. Setiap kali musim perayaan, saya memang akan guna laluan Kampung Berchang–Sungai Koyan–Cheroh–Bandar Raub sebelum masuk ke LTU,” ujarnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI