fbpx
Gambar hiasan.

McDonald’s Malaysia sumbang 25 lembu korban di 5 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – McDonald’s Malaysia telah menyumbang 25 ekor lembu korban di lima negeri sempena sambutan Aidiladha, baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar, berkata, inisiatif itu memberi manfaat kepada lebih 3,000 keluarga yang memerlukan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Kedah.

“Pelaksanaan yang memasuki tahun keenam ini mencerminkan usaha berterusan McDonald’s Malaysia dalam menyantuni komuniti di seluruh negara.

“Pemilihan negeri ini dibuat mengambil kira keperluan komuniti setempat serta peranan restoran McDonald’s sebagai penghubung kepada masyarakat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selain agihan daging korban, McDonald’s Malaysia turut menyampaikan hampir 1,000 Kotak Rezeki.

“Ia mengandungi barangan keperluan harian serta hidangan McDonald’s kepada keluarga-keluarga asnaf, sebagai usaha tambahan dalam menyantuni dan meringankan beban komuniti setempat.

“Kami juga menghargai kerjasama pihak masjid-masjid dalam memastikan sumbangan ini sampai kepada penerima yang memerlukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN