fbpx
Gambar hiasan.

16 Pati, 2 tekong ditahan dalam Ops Benteng semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ops Benteng telah berjaya menahan 16 orang Pati, dua tekong serta merampas enam buah kenderaan darat dalam operasi yang diadakan di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam operasi tersebut juga, sebanyak 103 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan.

“Sebanyak 537 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng juga dilaksanakan diseluruh negara yang melibatkan pecahan, Ops Benteng/Penawar yang melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan RELA (481 SJR), Ops Benteng PDRM (47 SJR) serta Ops Beneteng AKSEM (9 SJR),” jelasnya dalam sidang akhbar khas hari ini.

Sementara itu, semalam, PDRM juga telah menahan seramai 680 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP).

Jelas Ismail Sabri, daripada jumlah itu, 630 telah dikompaun, 49 individu direman manakala seorang dijamin.

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk, rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (140), tidak memakai pelitup muka (139), tiada penjarakan fizikal (136), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (80), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (30) serta lain-lain (155),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN