fbpx

Sindiket pemburuan haram di Gua Musang tumpas, rampasan lebih RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua bahagian bangkai seekor Harimau Malaya tanpa kepala dan kulit akibat perbuatan pemburu haram ditemui di sekitar Gua Musang, Kelantan, bulan lalu.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi operasi bersepadu khazanah (OBK), berjaya melumpuhkan sindiket pemburuan haram hidupan liar di sekitar Gua Musang, Kelantan.

Operasi tersebut dianggotai Biro Jenayah Hidupan Liar (Wildlife Crime Bureau) Perisikan Siasatan Khas (PSK) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) yang menyasarkan golongan penceroboh haram memburu hidupan liar untuk peroleh keuntungan.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata, berdasarkan risikan dan maklumat berkaitan aktiviti pemburuan haram, mereka telah melancarkan serbuan dan menahan tiga lelaki tempatan berusia 34 hingga 42 tahun.

Katanya, serbuan pada 23 Februari itu berjaya merampas dua bahagian seekor harimau malaya tanpa kepala dan kulit serta tiga buah telefon bimbit pelbagai jenama yang berjumlah RM 303,000.

“Siasatan dijalankan oleh Jabatan Perhilitan di bawah Seksyen 68 Akta Pemuliharaan hidupan 2010 (Akta 716) dan kesemua suspek mengaku bersalah ketika dituduh di mahkamah seksyen Gua Musang, Kelantan pada 2 Mac lalu.

“Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan berjumlah RM30,000 dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 10 April ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rentetan tangkapan tersebut, seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun pula ditahan yang juga pemilik senapang digunakan suspek bagi tujuan memburu secara haram dan turut merampas beberapa aksesori senapang tersebut.

Menurut Noorsiah, kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM12,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) dan Seksyen 8(b) Akta Senjata 1960.

“Tangkapan dan rampasan dalam operasi ini berjaya melumpuhkan satu rangkaian sindiket pemburuan haram hidupan liar di sekitar Gua Musang, Kelantan.

“Pihak kami sentiasa komited dalam usaha memerangi jenayah berkaitan hidupan liar khususnya pemburu haram dan mereka menjalani perdagangan melibatkan spesies haiwan yang dilindungi serta terancam,” – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI