fbpx
Gambar hiasan.

Bekalan bahan api cukup sehingga Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sehingga kini kerajaan dapat memastikan bekalan bahan api mencukupi sehingga Ogos ini dan sedang berusaha untuk memastikan bekalan bahan api terus terjamin.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, penyelarasan turut dibuat bersama Petronas dan pemain industri untuk memantau kedudukan stok dan melaksanakan langkah kontingensi supaya keperluan pengguna serta ekonomi utama tidak terjejas dan memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil.

Menurutnya, ini penting supaya aktiviti harian rakyat, pengangkutan awam, logistik, perniagaan dan sektor kritikal dapat terus beroperasi.

“Dalam masa sama bekalan beras negara termasuk stok penimbal juga masih terkawal, iaitu mencukupi untuk tempoh lima hingga enam bulan.

“Bekalan makanan asas, seperti ayam, telur, ikan, susu dan buah-buahan mencukupi untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan,” katanya pada penerangan kepada Ahli Dewan Rakyat berkenaan krisis bekalan global di sini hari ini.

Beliau berkata, pemantauan harga barangan keperluan mengikut lokasi dilaksanakan melalui platform PriceCatcher.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memantau 316 barangan keperluan di lebih 2,000 premis runcit seluruh negara dengan sokongan 850 Pegawai Pemantau Harga.

“Penguatkuasaan terhadap pencatutan dan penyeludupan turut dipertingkat supaya tekanan global tidak dimanipulasi untuk menaikkan harga secara tidak munasabah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN