fbpx
Kecoh dalam media sosial mengenai persembahan Aisha dengan Anggrek di pentas final TTMM2 apabila dikatakan menukar lirik lagu fenomena Nusantara,  Rollerblade.

Rollerblade: ‘Bukan perkara besar, isu manja abang-adik dah lama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Penyanyi Aisha Retno menyifatkan isu menukar lirik lagu Indonesia, Rollerblade milik kumpulan Nona ketika membuat persembahan di Talk To My Manager 2 (TTMM2) hanya perbalahan ‘manja’ melibatkan rakyat dua negara yang sering berlaku sebelum ini.

Enggan memanjangkan isu, pemilik nama penuh Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam itu berkata, perkara tersebut sudah dibincangkan secara dalaman bersama pasukan produksi, pihak penyiaran serta pasukan perundangan.

Dia bahkan mahu kekal tenang dan tidak melayan spekulasi yang timbul dalam kalangan netizen.

“Perkara ini sudah dibincangkan secara dalaman dengan pasukan legal (perundangan) dan semua pihak berkaitan, kita duduk diam dan santai.

“Biarkan orang terus berkata-kata kerana sudah biasa dengan kontroversi sebelum ini.

“Kita tahu mana yang benar dan mana yang salah. Kalau benar-benar bersalah, sudah lama saya buat video penjelasan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya sama ada isu penukaran lirik itu wajar diperbesarkan oleh segelintir pihak, dia berkata, dirinya bukanlah individu yang sepatutnya mengulas perkara tersebut.

“Saya bukan orang yang tepat untuk menjawab kerana perkara seperti ini sudah lama berlaku antara Malaysia dan Indonesia.

“Kalau saya bersuara pun nanti orang akan kata saya berat sebelah. Secara peribadi, ini bukan satu isu besar, hanya isu kecil manja abang adik Malaysia-Indonesia yang sudah berlaku sejak dulu.

“Namun, saya sedar setiap orang berhak dengan pendapat masing-masing,” katanya lagi.

Dia yang mempunyai darah campuran Malaysia dan Indonesia itu bagaimanapun memahami punca tercetusnya pelbagai reaksi adalah disebabkan semangat nasionalisme yang tinggi dalam kalangan rakyat Indonesia.

“Saya hormat rakyat Indonesia kerana mereka sangat berbangga dengan bahasa dan budaya sendiri serta sentiasa menyokong produk tempatan. Mungkin sebab itu mereka lebih sensitif apabila timbul perkara begini.

“Orang Malaysia pula lebih tenang dalam berdepan isu seperti ini tetapi kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan.

“Saya sendiri mempunyai darah campuran Indonesia, jadi saya tak mahu memihak kepada mana-mana. Biarlah orang terus mengecam dan saya tak perlu membuktikan apa-apa kerana ini melibatkan siaran televisyen nasional,” ujarnya.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial mengenai persembahan Aisha dengan Anggrek di pentas final TTMM2 apabila dikatakan menukar lirik lagu fenomena Nusantara,  Rollerblade.

Perkara tersebut rancak diperdebat netizen Indonesia yang mendakwa lagu tersebut adalah hak mereka dan lirik tidak sepatutnya ditukar seolah-olah lagu tersebut milik Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN