fbpx
FAIZUL menunjukkan sehelai bendera PH yang dipasang di hadapan jalan masuk Gugusan Felda Adela, Kota Tinggi yang didakwa dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

PRN Johor: Bendera PH dibakar, wakil calon buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Wakil calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat hari ini membuat laporan polis susulan sehelai bendera parti itu yang dipasang di hadapan jalan masuk Gugusan Felda Adela didakwa dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Faizul Abdul Ghani berkata, kejadian khianat disedari Ketua Jentera Unit Logistik bagi sekitar pukul 2 pagi apabila beliau menemui bendera berkenaan dalam keadaan terbakar.

“Susulan itu, wakil calon saudara Mohamad Saat Sukami, telah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya serta Polis Diraja Malaysia untuk rekod dan tindakan lanjut.

“Saya ingin menegur pelaku yang melakukan perbuatan khianat seperti ini, perbezaan fahaman politik tidak seharusnya diterjemahkan melalui tindakan provokasi, sabotaj atau perbuatan yang boleh menghakis budaya demokrasi matang.

“PH menghormati hak semua pihak untuk berkempen, berbeza pandangan dan menyatakan pendirian politik masing-masing. Namun, kebebasan berpolitik mesti diraikan dengan cara yang berhemah, bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN